Rawatan Berpantang
Rawatan Berpantang

Khidmat Rawatan Berpantang Ke Rumah Pelanggan Sekitar Kota Kinabalu Sabah


SERVIS YANG DITAWARKAN

Pakej-pakej berpantang bermula dari rawatan 3 hari hingga ke 30 hari yang merangkumi rawatan untuk ibu dan baby sekali. Setiap pakej berpantang telah direka khas supaya dapat memenuhi segala keperluan setiap ibu. Pakej-pakej kami adalah sangat fleksibel. Ibu-ibu mempunyai pilihan untuk menikmati perkhidmatan kami sejurus selepas bersalin. 

💆🏻‍♀️PAKEJ PANTANG BERSALIN UNTUK IBU MELAHIRKAN SECARA NORMAL. 

Amat Disyorkan Perawatan Pantang Bersalin Selepas 3hari selepas bersalin. 

💆🏻‍♀️PAKEJ PANTANG BERSALIN UNTUK IBU MELAHIRKAN SECARA PEMBEDAHAN. 

Amat Disyorkan Perawatan Pantang Bersalin Selepas 7 hari – 10 hari selepas pembedahan. 

🤱🏻Setiap pekej mengandungi beberapa pilihan pekej agar sepadan dengan kemampuan dan keperluan pelanggan. Terdapat 3 pilihan pekej iaitu :

1 hari, 3 hari , 5 hari, 7 hari , 10 hari, 14 hari , 21 hari , 30 hari

💆🏻‍♀️Mengikut tradisi, di nasihatkan Berurut sekurang kurangnya 3 hari berturut turut atau lebih kerap adalah lebih baik.

SERVIS YANG DITAWARKAN RAWATAN BERPANTANG ALA CARTE

 SERVIS YANG DITAWARKAN RAWATAN BERPANTANG ASAS

SERVIS YANG DITAWARKAN RAWATAN BERPANTANG EKLUSIF KELEBIHAN RAWATAN 

Di zaman dahulu tidur di atas katil “berdiang” sepanjang tempoh berpantang. Ia katil kayu yang panjang dan dibawahnya diletakkan bara api. Ibu berpantang akan tidur di atas katil tersebut selama 40 hari tempoh berpantang. Bahang panas dari bara api akan memanaskan badan ibu yang berpantang. Proses berdiang itu sangat bagus untuk merawat urat-urat dan tubuh yang sakit sepanjang proses kelahiran.

Di zaman ini tentunya ramai yang tidak kenal pun dapur berdiang. Apatah lagi menjalani proses berdiang itu sendiri sekalipun ia memang baik untuk kesihatan tubuh badan. Namun ada alternatif lain yang lebih baik iaitu “berdiang” dengan pelapik tilam panas. Tilam panas ini sangat bagus merawat sakit urat dan tubuh yang dialami semasa bersalin. Badan akan rasa berpeluh selepas tidur beberapa jam di atas tilam tersebut. Selain itu ia membekalkan fungsi-fungsi Sinar Inframerah, Ion Negatif dan ia juga mengandungi Elemen Pemanas Karbon Bertebat berkualiti tinggi. Pendek kata tilam ini memang banyak membantu memulihkan kesihatan sepanjang tempoh selepas bersalin.

Kami masih lagi mengekalkan identiti dalam rawatan yang dijalankan iaini rawatan tradisional melayu. Ada 3 jenis cara dalam proses rawatan berdiang, bersalai, mahupun berganggang sebab itu rawatan yg disediakan ini eklusif buat ibu-ibu dalam pantang. Dalam rawatan eklusif ini ianya lebih lengkap dengan rawatan berdiang, atau bersalai, sama ada dgn cara moden mahunpun tradisional. 

Info: Rawatan bertangas, sauna tidak termasuk didalam pakej rawatan berpantang yang ditawarkan, jika berminat untuk melakukkan rawatan tersebut cas akan dikenakan bagi setiap rawatan tangas dan sauna. 

Perkhidmat Rawatan Berpantang Harian Ke Rumah Pelanggan, Mengikut Masa Rawatan Yang Ditetapkan Mengikut Setiap Pakej Yang Ditawarkan. 

Rawatan Bertangas

Rawatan ini dilakukan selepas hari ke-30 bersalin selama 10 hari berturut-turut apabila darah nifas telah kering. Rawatan ini dipercayai dapat mengeluarkan sisa toksin dan merawat luka. Untuk ibu yang bersalin secara pembedahan, bertangas boleh dilakukan selepad 30 hari keatas tetapi haruslah dipastikan bahawa luka betul-betul sembuh supaya tidak berlaku sebarang jangkitan pada luka. Jangan bertangas terlalu awal iaitu kurang dari 30 hari berpantang kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan jangkitan pada ibu yang bersalin secara pembedahan atau normal.

Bertangas diawal pantang tidak digalakkan untuk mengelakkan jangkitan di bahagian vagina kerana campuran darah nifas yang masih banyak mengalir dan wap herba. Gabungan yang tak sesuai dan boleh menyebabkan jangkitan infeksi. 

Rawatan Sauna

Sauna di awal pantang bahaya untuk ibu lepas bersalin. Boleh menyebabkan hidrasi, pitam, dan tumpah darah. Disarankan selepas 15hari minimum, atau 20 hari ke atas lebih baik jika nak sangat bersauna, seminggu / 2 minggu, sekali sahaja.

SERVIS YANG DITAWARKAN RAWATAN BERPANTANG EKLUSIF DAN LENGKAP 

SERVIS YANG DITAWARKAN RAWATAN PENUTUP PANTANG

Rawatan ini amat digalakkan untuk dilakukan oleh ibu selepas tamat tempoh berpantang dan akan dilakukan pada hari ke 44,60 dan 100 hari berpantang. 

Rawatan ini membantu ibu memulihkan semula rahim (sengkak), menaikan seri wajah serta memberi tenaga dan aura selepas 6 minggu berpantang.

Penting bagi ibu untuk menyucikan diri daripada darah kotor dan membersihkan diri zahir dan batin. Urutan tenaga bertujuan untuk memulih dan menyegarkan tubuh ibu agar ibu bersedia dan yakin untuk memulakan hubungan kelamin setelah lama berpantang. Mandian aura khas untuk ibu mengembalikan aura seri muka dan menaikkan seri wajah. Rawatan ini bakal menyerlahkan seri dan menambahkan keyakinan ibu.

SERVIS YANG DITAWARKAN RAWATAN PANTANG BAGI IBU YANG KEGUGURAN

Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan badan akibat daripada kesan kesakitan akibat keguguran. 

Amat DiSyorkan Perawatan Pantang Bagi Ibu Yang Keguguran. 

💆🏻‍♀️Amat DiSyorkan Perawatan Pantang selepas 3-7hari berlaku keguguran. 

💆🏻‍♀️Kandungan diawal kehamilan 1-3bulan sebaiknya berpantang 2minggu jika kandungan berusia 4bulan sebaiknya berpantang dalam tempoh 30hari berpantang, kandungan yang berusia 7,8 bulan keatas perlulah berpantang sepertimana ibu yang bersalinkan bayi selama 44hari hingga ke 100hari.

Sila lengkap butiran peribadi bagi tujuan rujukan maklumat pelanggan.

Terima kasih kerana berminat untuk dapatkan pakej dari Post natal sabah by Ara Mobile Beauty ini.
Ara Mobile Beauty
No pendaftaran perniagaan: IP03578855-R /573535
Alamat: Pejabat inkubators-s11, tingkat 2, wisma sedco 88000, Kota Kinabalu Sabah.
(Alamat ini hanya untuk kerja-kerja pengurusan sahaja, berkaitan dengan perkhidmatan rawatan blh buat temujanji diwassp, perkhidmatan rawatan terus kerumah pelanggan.
Terima kasih.

SERVIS YANG DITAWARKA RAWATAN MANDI BAYI RAWATAN CUKUR RAMBUT BAYI PAKEJ PEMBERSIHAN DAN PENANAMAN URI

Uri adalah sebahagian daripada bayi dan kerana itu ia perlu dijaga.

Cukur rambut bayi islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. Mencukur rambut ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya.

SERVIS YANG DITAWARKAN RAWATAN SPA IBU MENGANDUNG 

Pakej ini sesuai dilakukan bagi: Usia kandungan 6bulan keatas. Tiada masalah kesihatan ketika mengandung. 

Bagi wanita hamil yang mempunyai masalah ketika mengandung, sejarah kehamilan yang terdahulu, pernah keguguran. kandungannya masih di awal 12 minggu, tidak digalakkan untuk membuat urutan ni.

SERVIS YANG DITAWARKAN RAWATAN KECANTIKAN & KESIHATAN

💆🏻‍♀️Kaedah tradisional ini juga mampu meresap hingga ke dalam badan wanita sekiranya diamalkan secara berterusan. Dalam erti kata sebulan sekali lakukan rawatan untuk mendapatkan kesan kesan yang ketara akan diperolehi untuk mendapatkkan kesempurnaan dalam memelihara kecantikkan tubuh badan.

RAWATAN BUAT PENGANTIN SERVIS YANG DITAWARKAN

👰Setiap pakej pengantin adalah kombinasi rawatan yang mampu memberi ketenangan fikiran dan memulihkan tenaga untuk menempuh hari yang penuh bermakna. 

Rawatan urut mampu memberi kebaikan kepada bakal pengantin dari segi melegakan kesakitan otot, melancarkan peredaran darah dan menambah fokus.


:)